Tuesday, October 13, 2009

SELAMAT DATANG KE SAHZ BLOGSPOT


Sejarah Penubuhan Kelab

Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud mula ditubuhkan pada tahun 1998 dengan penyertaan ahli terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.
Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Melalui PBSM pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa samaada semasa tenang atau ketika suasana cemas .
Rawatan ini perlu bagi mengelakkan kecederaan itu dari terus berlarutan dan sekiranya terlambat di ubati dikhuatiri akan membahayakan bahagian badan yang lain. Kaedah-kaedah rawatan ini terangkum dalam sukatan Pembelajaran Pertolongan Cemas dan Kesihatan Kemasyarakatan. Latihan kawad kaki juga diadakan bagi meningkatkan mutu disiplin dikalangan ahli.

Akta Penubuhan


Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut :

1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja
dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society
(Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965
iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh
Malaysia pada 1 Julai 1965.
3. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).

Prinsip-Prinsip Asas Persatuan

1. Kemanusiaan
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud. Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. Ia mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.
2. Kesaksamaan
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.
3. Keberkecualiaan
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak plitik, perkauman, agama dan ideologi.
4. Kebebasan
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.
5. Khidmat Sukarela
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.
6. Ketunggalan
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.
7. Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.

Carta Organisasi

Guru Penasihat
En. Baharuddin
Pn. Adlina

Pengerusi
Mohd Fazrul Ahmad

Pen.Pengerusi
Ainul Izzati Zakaria

Setiausaha
Mohd Asrul Rizaimi Abd Rahman

Pen.Setiausaha
Azwa Ismail

Bendahari
Bahiyah Samsuddin

Ahli Jawatankuasa
Afendy Hassan
Manisah Idris
Surina Ahmad

Galeri Persatuan

Foto-foto Kempen Kesedaran

Layari http://sites.google.com/site/kelabdanpersatu/galeri
 
design by Grumpy Cow Graphics | Distributed by Deluxe Templates